Salam...hari ni kita nak masak sayur jambu golok (buah gajus) dengan sotong. Di Terengganu, buah gajus di panggil buah jambu golok iaitu sejenis buah yang bermusim. Sayur ini cukup popular di kalangan masyarakat Terengganu terutamanya di musim mencandat sotong.
Bahan-bahanya:
1) Beberapa biji jambu golok
2) Beberapa ekor sotong (saiz sederhana)
3) Secawan santan pekat
4) Dua ulas bawang merah (banyak pun ok)
5) 2 biji cili merah
6) Secubit garam
7) Sesudu gula
Cara Membuatnya:
Buah jambu golok di potong halus, kemudian di rebus sehingga empuk. Setelah itu, angkat dan toskan jambu golok tersebut sehingga buah tersebut sejuk. Kemudian ramas-ramaskan buah tersebut sehingga keluar airnya. Pada masa sama, masakkan santan serta masukkan bawang merah yang telah dihiris ke dalam periuk dengan api sederhana. Tambah setengah cawan air agar kuahnya tidak terlalu pekat. Setelah itu masukkan sotong yang telah di buang kulit selaputnya serta di potong bulat. Masukkan jambu golok yang telah di ramas tadi serta masukkan cili merah yang di hiris, gula dan garam. Gaulkan seketika kemudian tutp api serta sedia untuk di hidangkan bersama nasi panas-panas.
p/s: Selain di rebus, jambu golok tersebut juga boleh di rendamkan dengan air garam sebelum diramas agar airnya yang sedikit kelat dapat di keluarkan.
Masak cara kampung
Sunday, June 16, 2013
Tuesday, July 31, 2012
Assalamualaikum...hari ni dah 11 ramadhan, dah hampir 2 minggu kita berpuasa, alhamdulillah. Hari ni menu buka puasa yang ingin saya kongsikan ialah kerabu kampung serta ikan keli salai masak lemak cili api. Gambar akan saya upload kemudian.
1) Kerabu Kampung
Bahan-bahannya:
Seikat daun selom, pucuk kaduk, pegaga, ceylon (ikut citarasa)
1 cawan kepala santan (santan pekat)
cili api (sesuka rasa)
belacan (sesuka rasa)
3 ulas bawang merah
3 ekor ikan selayang/kembung (ambil isinya)
garam (sesedap rasa)
Cara membuatnya:
Daun ulam dibersihkan serta di hiris. Tumbuk cili api bersama belacan serta bawang. Ikan direbus serta diambil isinya serta di hancurkan. Masukkan santan diatas api sederhana, masukkan bahan yang ditumbuk serta isi ikan. Kemudian masukkan garam secukup rasa. Tunggu sehingga kuah pekat kemudian tutup api. Masukkan ulaman tadi serta sedia untuk dimakan bersama nasi panas.
2) Ikan keli salai masak lemak cili api
Bahan-bahannya:
2 ekor ikan keli
Semangkuk santan
cili api (ikut suka)
3 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
garam secukup rasa
Cara membuatnya:
Ikan keli dibersihkan serta di salai diatas kuali (tanpa minyak). Kemudian dipotong 3/4 bahagian. Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih serta halia. Masak santan diatas dapur sederhana, kemudian masukkan bahan yang ditumbuk, ikan keli serta masukkan serai. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan kacau.

Subscribe to:
Posts (Atom)