Sunday, June 16, 2013

Sayur Jambu Golok Sotong

Salam...hari ni kita nak masak sayur jambu golok (buah gajus) dengan sotong. Di Terengganu, buah gajus di panggil buah jambu golok iaitu sejenis buah yang bermusim. Sayur ini cukup popular di kalangan masyarakat Terengganu terutamanya di musim mencandat sotong.

Bahan-bahanya:

1) Beberapa biji jambu golok
2) Beberapa ekor sotong (saiz sederhana)
3) Secawan santan pekat
4) Dua ulas bawang merah (banyak pun ok)
5) 2 biji cili merah
6) Secubit garam
7) Sesudu gula

Cara Membuatnya:

Buah jambu golok di potong halus, kemudian di rebus sehingga empuk. Setelah itu, angkat dan toskan jambu golok tersebut sehingga buah tersebut sejuk. Kemudian ramas-ramaskan buah tersebut sehingga keluar airnya. Pada masa sama, masakkan santan serta masukkan bawang merah yang telah dihiris ke dalam periuk dengan api sederhana. Tambah setengah cawan air agar kuahnya  tidak terlalu pekat. Setelah itu masukkan sotong yang telah di buang kulit selaputnya serta di potong bulat. Masukkan jambu golok yang telah di ramas tadi serta masukkan cili merah yang di hiris, gula dan garam. Gaulkan seketika kemudian tutp api serta sedia untuk di hidangkan bersama nasi panas-panas.

p/s: Selain di rebus, jambu golok tersebut juga boleh di rendamkan dengan air garam sebelum diramas agar airnya yang sedikit kelat dapat di keluarkan.